
n.ainaafarhanah
5 tahun
Penyakit kencing manis dan stock ubat insulin hampir habis (pertanyaan untuk mewakilkan ahli keluarga untuk mengambilkan insulin bg pihak opah)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya ada pertanyaan berkenaan dengan opah saya.
Dia berumur 78 tahun, menghidap kencing manis dan perlu ambil injection insulin setiap hari. Untuk sekarang ni, stock insulin dia hanya bertahan untuk 2-3 hari. Saya ingin bertanya, sementara PKP ni, boleh ke untuk ahli keluarga wakil pergi ke KK untuk mengambil insulin atau Opah saya perlu pegi sekali untuk check up sebelum Dr boleh bg insulin?

5 tahun
Salam Sejahtera
Kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang pengurusan di klinik kesihatan. Anda perlu hubungi KK untuk maklumat jika opah anda memerlukan pemeriksaan Namun, jika opah anda kehabisan stok ubat, seharusnya ahli keluarga boleh menjadi wakil. Bawa surat prekripsi dan IC seperti biasa. Jika opah anda harus membuat pemeriksaan follow-up, anda harus membawa opah anda untuk pemeriksaan.
Jalankan langkah pencegahan seperti garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Kami juga menyediakan perkhidmatan farmasi. Anda boleh hubungi farmasi kami di nombor yang tertera seperti dibawah. Maklumkan semua maklumat yang anda nyatakan. Sertakan prekripsi doktor pada masa lampau kepada ahli farmasi kami jika anda berminat.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.