
Erinanatasha00
5 tahun
Penyakit tiroid di leher
Sy perempuan yg berumur 17 tahun. Sy mempunyai pembengkakan di leher selama seminggu. Dgn adanya benjolan sy berasa sakit apabila melakukan pergerakan yg banyak. Doktor di klinik mengatakan bahawa benjolan ini adalah normal dlm lingkungan umur sy. Adakah perkara ini benar? Adakah benjolan ini berbahaya untuk sy. Mohon penjelasan. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan bengkak pada leher, antara kemungkinan penyebab bengkak tersebut adalah:
- Bengkak kalenjar tiroid : Biasanya disertai oleh gejala lain berkaitan dengan hormon tiroid seperti masalah berat badan, masalah haid dan perubahan pada ritma degupan jantung
- Bengkak kalenjar : Terdapat banyak kalenjar limfa yang terdapat pada bahagian leher, jangkitan pada salah satu kalenjar ini boleh menyebabkan bengkak
- Benjolan akibat gumpalan lemak atau tisu fiber
- Benjolan akibat jangkitan pada kulit
- Cyst atau nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.