
Sulit
5 tahun
Penyakit tyroid berulang dan apakah ubat nya
saya penghidap hipertiroid semasa 4 bulan mengandung pada dua tahun lepas,jenis ubat yang doktor bekalkan adalah jenis carbimazol, kini saya merasakan penyakit itu telah kembali berdasarkan tanda2 penyakit tersebut,disamping pembekakan leher yang tidak surut,saya sudah tidak tahan kerana badan sering menggigil tanpa sebab dan sering keletihan,apakah ubat itu ada dijual disini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalh tiroid ini boleh terjadi semula ataupun menjadi aktif setelah berapa tidak menunjukkan simptom. Beberapa keadaan yang menyebabkan masalah ini kembali aktif adalah disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman
- Kanser
- Autoimmune (antibodi menyerang sel badan sendiri)
Berkenaan dengan ubat, doktor perlu untuk mebuat pemeriksaan terperinci serta bertanyakan sejarah sakit untuk memulakan satu ubat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.