
Sulit
4 tahun
Perancang dan tidak datang haid selepas last cucuk perancang pada 2/6/2020..adakah boleh saya mengandung?
Saya berumur 33…Dan slps kelahiran ank ke 2…sy gunakan cuck perancang…last sy cucuk 2/6/2020…dan sekarang sy tidak ambil lg cucuk perancang dan boleh ke sy mengandung lg dlm jangka masa ini…sbb skrg sy alami sakit puting dan tidak datang2 haid slps last sy cucuk…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk pengetahuan puan penggunaan suntikan perancang keluarga sememangnya akan mengganggu kitaran haid wanita. Untuk kitaran haid kembali normal memerlukan waktu atau bagi sesetengah individu rawatan yang khusus oleh doktor. Namun secara umumnya efektivitas suntikan perancang hanya berlaku sehingga 3 bulan daripada tarikh suntikan tersebut.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Haid terlambat
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.