fazeracrimpson
4 tahun
Perancang kehamilan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Saya wanita berumur 24tahun dan melahirkan anak sulung pada 13/7/19. Mula mula saya gunakan kaedah cucuk depo pada 15/9/19. Cucuk kali pertama, period hampir 2minggu setiap bulan. Kali kedua cucuk, period semakin berlarutan hingga sebulan lebih. Darah setiap kali period sikit je. Jadi saya nak tukar kaedah pil perancang utk stabilkan balik period saya. Pil pertama saya ambil 3/3/2020. Jadi sepatutnya 24/3/2020 saya period ikut kata nurse KK tu tapi saya tak period. Saya takut kalau tak makan, nanti pregnant pulak. So 24hb dan seterusnya saya still makan pil tu. Sebab tak tahu nak makan ke tak. Nak pergi klinik risau sekarang musim covid. So soalan saya, mmg lepas makan pil 21 hari, kena stop 7 hari ke? Walaupun tak dtg period? Kalau teruskan makan apa kesannya? Dan apa saya perlu buat sekarang ni? Maaf naif ttg ilmu ni, ni baru nak tanya.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor…
Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 21-28 tablets (tergantung jenis pil), di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan.
Akan tetapi, secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil beberapa hari untuk pil untuk menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle (bukan hari pertama), seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.