Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Perbezaan darah haid dan spotting kehamilan

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 19, 2020 7:01 AM

Sulit 4 bulan

hai dokter , bolehkah saya mengetahui perbezaan kedua duanya . adakah spotting keluar secara bergumpal tapi tifdak banyak ? adakah dia keluar selama 7 hari ?

Dr Sashini Seeni 4 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:

  • Pendarahan implantasi kehamilan
  • Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim

Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:

  • haid yang lebih panjang dan banyak
  • faraj gatal dan merah
  • haid tidak teratur atau lewat
  • mual
  • sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
  • sakit bahagian ari-ari atau pelvis
  • lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
  • berat badan bertambah

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jun 19 2020 07:01:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pendarahan spotting secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
2 titik / tompokan darah keluar tetapi tiada tanda2 darah haid keluar dengan banyak 3 hari lepas keluar hanya dua titik /tompokn darah yg sedikit pada waktu pagi.saya menjangkakan bahawa hari tersebut merupakan hari pertama period saya bermula.namun, sehingga ke hari ini, tiada… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Pendarahan selepas makan postinor 2 Hai doc,saya 18 dab mengalami pendarahan selepas seminggu ambil postinor-2, mula² hanya spotting tetapi masuk hari yang ketiga keluar darah n sekarang hari yang kelima darah kluar like normal pe… Baca lagi...
41 hari
Sulit
Bleeding selepas stress yang teruk Seperti yang saya bagitahu di atas, bila saya terlampau stress sampai sehingga menangis dan selapas tu saya akan bleeding. Perkara ini kerap terjadi sejak tahun lepas. Darah yang keluar dalam ku… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Darah implantasi atau darah keguguran lepas assalamualaikum. sebulan yang selpas saya mengalami keguguran semasa kandungan 2bulan. selepas 15hari saya bersama suami. tetapi semalam ada brown spotting tetapi hari ini tiada. adakah darah im… Baca lagi...
20 hari
Sulit
Period tanpa darah merah dan hanya lendir berwarna coklat. Tiada darah merah basah yang keluar Saya berumur 20an dah sudah berkahwin. Saya juga telah mengambil pil perancang selama 3 bulan. Untuk bulan pertama,period saya sangat teratur dan pendarahan juga ok. Namun masuk bulan kedua pend… Baca lagi...
19 jam
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!