Sulit
3 tahun
Percepatkan Habis Period
Saya remaja 18 tahun , saya ingin bertanyakan adakah pengambilan tea boleh diambil ketika period bagi mempercepatkan haid habis?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, teh tidak mempengaruhi tempoh keluar darah haid anda. Untuk pengetahuan anda, haid dikawal oleh hormon di dalam badan dan faktor luar seperti pemakanan atau minuman mungkin hanya memainkan peranan yang kecil atau mungkin juga tidak memberi kesan kepada kitaran haid.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.