Sulit
5 tahun
Perianal skin tag tumbuh semula walaupun telah di buang di hospital dalam tahun uni
Saya lelaki umur 25 tahun. Saya telah ke hospital dan membuang perianal skin tag sebanyak 2 kali dalam masa 5 bulan ni. walaupun telah di buang perianal skin tag masih tumbuh di kawasan yang dalam masa satu bulan. Saya risau kerana benda ni tumbuh terlalu cepat dan saya menghidap buasir sebelum ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah anal skin tag ataupun ketumbuhan jinak pada kulit dubur yang kembali datang sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, ketumbuhan kulit jinak ini adalah disebabkan oleh salur darah yang berkembung pada kawasan dubur. Kulit pada kawasan dubur merupakan kawasan yang sangat lembut dan mudah menjadi lebar akibat bengkak yang berlaku pada kawasan tersebut. Perkara ini berkait dengan masalah seperti:
- Terlalu kuat meneran akibat sembelit
- Cirit-birit yang kerap berlaku
- Kerap mengangkat berat atau senaman yang terlalu berat
- Masalah buasir
- Kehamilan
- Darah beku pada salur darah yang terlibat seperti yang diperihalkan di atas.
Selalunya jika anda mengalami masalah ini lebih dari dua kali, anda lebih disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda sekali lagi mengenalpasti bahagian yang menjadi punca terhadap ketumbuhan kulit tersebut dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya seperti pembedahan kali kedua. Sementara itu, kami boleh cadangkan yang berikut bagi mengelakkan perkara ini terjadi iaitu:
- Gunakan ubat laxative (ubat mencairkan najis) ataupun makan tambahan fiber bagi melancarkan pembuangan air besar dan mengelakkan meneran berlebihan.
- Gunakan lubrikasi atau agar-agar petroleum bagi melancarkan najis
- Bersihkan dan sanitasi sepenuhnya pada kawasan dubur setiap kali selepas membuang air besar.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































