Sulit
6 tahun
Period berapa jangan
Salam sejahtera . Sy eryna berumur 25 tahun . Sy sudah mempunyai 2 org anak dgn kaedah bersalin secara Ceaser. Pada bln5 tahun ini sy telah ambil suntikan depo dr klinik kesihatan tetapi sehingga sekarang hampir 5 bulan haid sy tidak berhenti daripada hari pertama diberi suntikan. Sy mengambil keputusan utk tidak meneruskan lagi suntikan yg kedua kerana risau pendarahan semakin teruk. Akibat dari suntikan ini sy mengalami kembung perut & sering pitam . Adakah hal ini normal ye doktor Dan haid yg berpanjangan ini hanya kesan dari suntikan atau tidak ya. Terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD atau suntikan depo
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































