Sulit
3 tahun
Period berpanjangan selepas mengambil pil perancang - Yasmin
Salam dr. Biasanya tempoh period saya hanyalah 7 hari tapi setelah saya ambil pil perancang iaitu pil Yasmin, period saya berlarutan dah telah masuk 12 hari. Sejak dari hari ke 6 sehingga hari ini, hanya keluar lendiran berwarna coklat sahaja. Pls advise. Tq
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan pil Yasmin adalah:
- Rasa loya dan tidak sedap badan
- Sakit kepala
- Sakit payu dara
- pendarahan atau spotting dalam masa beberapa bulan pertama setelah mula mengambilnya
- Haid tidak sekata
- Perubahan mood
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kemungkinan anda tidak sesuai dengan pil perancang ini namun begitu, sebelum memberi cadangan pil perancang yang sesuai dengan anda, lebih maklumat tentang sejarah kesihatan anda harus ditanyakan. Hal ini kerana beberapa penyakit harus dielakkan penggunaan pil perancang hormon gabungan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.