Sulit

2 tahun

Period dah sebulan tak berhenti and bleeding

Hai doctor, saya remaja berumur 20 tahun. Saya mengalami masalah period berpanjangan dan darah yang keluar terlalu banyak . Untuk masalah ini saya period start 14/03/2021 untill today masih tak berhenti . Saya sudah pergi gov untuk rawatan tetapi mereka tidak mengatakan apa2 . Disini saya sgt keliru untuk mengira bagaimana saya nak mengira period untuk bulan April . Dan saya tidak tahu pada tarikh bilakah saya tidak boleh berpuasa jikalau darah tidak berhenti sehingga kini . Saya harap doctor dapat membantu menjawab persoalan saya . Terima kasih :heart:

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah pendarahan atau haid berpanjangan, seperti:

  • Polip rahim
  • Fibroid rahim
  • Endometriosis
  • Adenomyosis
  • Masalah kelenjar tiroid
  • Kecederaan rahim atau faraj
  • Masalah sistem pembekuan darah
  • Penggunaan ubat cair darah
  • Aktiviti harian yang terlalu padat
  • Tekanan emosi atau stres
  • Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.

Anda masih risau tentang haid yang berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.

Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.

Perkara ini memerlukan perhatian segera dan jangan lengahkan masa untuk berjumpa dengan doktor, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai gejala ini:

  • Demam
  • Sakit perut atau ari-ari
  • Terdapat cecair berbau keluar dari faraj
  • Lemah dan lesu badan
  • Pucat
  • Pitam atau hampir pitam
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_401760556

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)