Sulit
4 tahun
Period darah berketul2
Saya hanym, umur 30tahun… dah berkahwin 5 tahun dan belum mempunyai zuriat… pernah ectopic pregnancy 1x, then pregnant semula lalu miscarriage 3x dalam jangka masa setahun lebih… mula perasan period keluar darah berketul2 tapi x sakit… macam gumpalan darah/dgg ketul2… kenapa ye doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Untuk makluman anda, darah yang berketul adalah salah satu sifat darah. Ini adalah kerana darah akan menggumpal apabila keluar daripada saluran darah. Apabila perdarahan banyak, seperti sewaktu haid atau akibat luka, ini akan menyebabkan darah teraktivasi untuk menggumpal.
Selain itu, silakan untuk memastikan status kehamilan anda dengan mengenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.