
Sulit
4 tahun
Period delay upt negative selepas on clomid dan injection pregnyl 5000
Salam sejahtera,
Sy cucuk pregnyl pada 21/12/2020 cd13, tapi sampai sekarang sy dah cd34 period sy tak datang lg and cek upt negatif. Maknanya memang tidak berjaya atau masih awal untuk cek upt?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Berdasarkan kenyataan yang anda berikan, berikut merupakan antara sebab mengapa seseorang mengalami masalah haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mengesan kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor supaya puncanya dapat diketahui dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.