Sulit
3 tahun
Period hari ke 6 masih banyak
Saya wanita berusia 26 tahun sudah berkahwin,normal ke kalau saya period hari ke 6 darah haid still byk?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Antara punca berlakunya darah haid yang banyak ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Rawatan bagi pendarahan berat adalah bergantung kepada punca pendarahan tersebut.
Bagi mengetahui punca gejala yang anda alami , anda amat disarankan unutk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.