
Anonymous
5 tahun
Period jangka lama tetapi sedikit disebabkan mengambil injaction perancang keluarga
Saya umur 24 tahun. Mengalami period tidak teratur semenjak mengambil injaction perancang. Period yang sedikit-sedikit dalam tempoh yang lama seperti 2 minggu. Period normal saya adalah seminggu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Apabila menggunakan perancang implan atau suntikan kitaran haid seseorang boleh berubah seperti pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan, berat tambah bertambah dan lain-lain lagi. Untuk mengenalpasti samada perkara ini kesan daripada suntikan perancang ataupun masalah baharu, sejarah kesihatan lengkap diperlukan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.