Anonymous
6 tahun
Period lambat 2bulan
Saya wanita berumur 37thn…sblm.nie period saya ok…tiap2 bulan akan dtg tepat pd masanya…tetapi pada bulan mei period datang 2x… Pada 02.05.19 dan 19.05.19… Bulan 6 dan bulan 7 x dtg…dah check upt…tapi negatif…boleh saya tahu masalah saya doc…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur selain daripada hamil, menopause termasuk:
- Tekanan emosi yang berlebihan
- Berat badan kurang atau lebih misalnya anorexia nervosa
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
























