
Sulit
5 tahun
Period lewat 10hari . Adakah saya preg?
Saya nak tanya. Bulan lepas saya period macam biasa 5hari. After that period stop 3 hari. Then lepas 3hari period datang semula dalam seminggu lebih. Dan sekarang masuk 10hari saya lewat period. Saya sudah buat upt . Result -ve. Apa perlu saya buat ye.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang lewat termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga atau suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional
Jika anda merupakan seorang yang pernah menjalankan hubungan kelamin tanpa perlindungan, anda harus mendapatkan ujian kehamilan. Kehamilan merupakan punca utama kelewatan haid. Banyak wanita tidak sedar bahawa haid yang lewat merupakan tanda pertama kehamilan. Selain kehamilan, gangguan hormon merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur. Jika anda disahkan menghidap gangguan hormon, kondisi ini sering dirawat dengan ubatan hormon atau pil perancang keluarga. Oleh itu, anda harus mengambil ubatan hormon yang diberi oleh doktor seperti yang telah dinasihatkan dan kembali berjumpa dengan doktor jika ubat tersebut tidak berkesan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.