
Sulit
3 tahun
Period lewat 14 hari namun ujian upt negatif
Saya wanita berumur 31 tahun. TTC 8 tahun. Lewat period 14 hari. Ujian upt negatif. Tiada simptom hamil. Perlu buat ujian darah atau scan ke?.. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah haid lewat selama 14 hari. Anda juga memakluman bahawa anda telah mengambil ujian UPT yang menunjukkan keputusan negatif. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain kehamilan, haid yang terlewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Gangguan tekanan
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid
- Penggunaan ubat perancang
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Fibroid atau polip rahim
- PCOS
Jika masalah anda masih berpanjangan, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai kehamilan. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan