
Sulit
4 tahun
Period lewat selepas abadoned ivf
Pada bulan lepas saya ada mengambil suntikan humog, gonal f dan decaptyl tetapi OPU tidak dapat dilaksanakan kerana telur tidak membesar, tetapi period saya telah lewat seminggu .Adakah ia merupakan kesan ubat tersebut?. saya juga ada mengalami keputihan jernih semasa tarikh sepatutnya period. Saya juga mencuba membuat Ujian kehamilan, walaubagaimanapun negatif. Mohon bantu atas kerisauan saya ini.

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!