
farrahasyiqeen02
4 tahun
Period sekejap tapi heavy flow
Hi dktor. Saya berumur 27 dan telah berkahwin 2tahun lebih tapi belum mempunyai zuriat dan tidak pernah ada pengalaman mengandung.
Baru2 ininsaya period tapi 3 hari sahaja dan heavy flow. Dan terus kering. Adakah ini normal? Baru2 ini saya ada rasa sakit kejap2 kat abdomen bawah… adakah ini normal? Atau hanya urat bengkak saja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami gejala sedemikian:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Jangkitan kelamin
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Kanser rahim atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah ketika datang haid. Perkara ini perlu diberi perhatian dan anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor sekiranya hal ini mengganggu anda.
Sebagai maklumat tambahan, tempoh kitaran haid seorang wanita adalah antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya adalah di antara 2 hingga 7 hari.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya:
- Pitam
- Pucat
- Lemah badan
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Jantung berdebar
Sekiranya anda mempunyai soalan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.