
amy.amelia88
5 tahun
Period selepas bersetubuh
Hai doktor, saya ingin bertanya kenapa setiap kali selepas saya melakukan hubungan seks, saya akan period. Andai kata selepas period seminggu saya lakukan hubungan seks lagi, saya akan period lagi shari selepas itu. Maknanya, saya akan period dua kali dalam masa sebulan. Untuk makluman doktor haid saya tidak teratur sejak remaja.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan selepas melakukan hubungan seksual boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Ektropion serviks - luka pada serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.