Sulit
3 tahun
Period selepas makan postinor tanda tiada kehamilan?
Jika ambik postinor dan sudah period bermaksud tiada pregnancy akan berlaku kan doctor? And saya mengambil lagi postinor baru baru ni selepas period tetapi bukan dalam cycle yang sama adakah ia akan memberi kesan sampingan pada saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan berkesan bergantung dengan ketika mana kitaran haid wanita tersebut semasa mereka mengambil pil tersebut. Ianya berkesan melalui hormon progestin dalam pil ini. Ia berfungsi dengan mencegah pembebasan telur (ovulasi) semasa kitaran haid. Ia juga menjadikan cairan vagina lebih tebal untuk membantu mencegah sperma sampai ke telur dan mengubah lapisan rahim untuk mencegah telur yang disenyawakan tertanam di rahim.
Sekiranya anda telah datang kotor ianya bermaksud anda tidak hamil. Selain itu, Pil ini tidak disarankan untuk diambil lebih dari sekali dalam satu kitaran haid atau sebulan. Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah rasa letih, loya dan muntah. Terdapat juga wanita yang mengalami sakit perut, cirit-birit, pening, sakit kepala, sakit payudara, pendarahan dari vagina dan reaksi kulit.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, maklumat lain serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.