Sulit
6 tahun
Period selepas suntikan perancang
Salam doktor,sy brumur 25 tahun.sebulan selepas sy bersalin sy mgambil suntikan perancang 3 bulan pada 1/10/19.Pada 5/10/19 sy period dan drah itu banyak…lebih byk dri period biasa sy sebelom ni…smpai sekrang msih tidak ade tanda2 darah bkurangan.kerana msih banyak.apakah itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang digunakan untuk mencegah kehamilan. Suntikan perancang boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, adalah perlu diketahui bahawa pengambilan suntikan perancang dapat mempengaruhi haid seseorang. Masalah ini normal berlaku selepas mengambil ubat ini lebih-lebih lagi pada permulaan suntikan. Sesetengah wanita akan mengalami haid tidak teratur samada haid berlebihan atau berkurangan ataupun haid terhenti.
Bagi mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih



































