
Anonymous
5 tahun
Period tak datang selepas makan pil perancang
saya remaja umur 18 dulu period tak teratur jadi pihak hospt suruh makn pil perancang jenama yasmin selama 3bulan selepas berenti makan saya langsung tak keluar darah haid dari bulan 10 2018 sehingga sekarang adakah normal atau tidak doc?

5 tahun
Salam sejahtera. terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopos. Punca-punca lain yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Berdasarkan kenyataan anda di atas, punca yang paling disyaki adalah pil perancang keluarga. Pil perancang keluarga secara amnya jarang menyebabkan kesan sampingan tetapi sesetengah pesakit boleh mengalami gejala seperti perdarahan haid tidak tentu, tekanan emosi, payu dara sakit, senggugut, penambahan berat badan, masalah tidur dan sebagainya.
Oleh sebab itu, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya masalah yang anda alami berterusan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih