Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period tak normal dan apakah sebab sebabnya?

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: September 19, 2020 8:06 AM

Sulit 30 hari

Hi doktor, saya period agak lama( 11 hari ) tapi lepas seminggu kemudian saya keluar darah banyak seperti darah period dan mengalami sakit seperti period pain. Jadi saya nak tahu sama ada darah yang keluar kali kedua adalah darah period atau bukan dan apa puncanya sedangkan period saya normal sebelum ni. Terima kasih

Dr Ramzdhan 30 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Berat badan berlebihan
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
  • Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
  • Ketumbuhan fibroid atau polip
  • Dysfunctional uterine bleeding
  • Penggunaan alat IUD
  • Kanser rahim atau cerviks
  • Masalah pembekuan darah
  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita moden dengan pemakanan berkhasiat!

Sekiranya gejala ini berterusan dalam jangka masa lama yang panjang, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi agar mendapatkan solusi yang terbaik. Hal ini juga boleh mengelakkan risiko anaemia atau kurang darah merah yang akan menyebabkan keletihan.

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi.
Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Sat Sep 19 2020 08:06:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid berpanjangan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Period panjang dan berketul Hai doc sy surirumah umur 32 tahun.sy mengalami period yang pnjang dlam 15 hari…selepas itu stop dalam seminggu…kemudian datang lagi.period jgk keluar berketul…sy jd rimas piriod panjang dan lam… Baca lagi...
47 jam
Sulit
Pemakaian implanon yang baru saya baru sahaja renew implanon pertengahan bulan ogos. ini adalah implanon saya yang kedua… sebelum ini saya tidak datang haid… tetapi selepas renew yang kedua ini saya datang haid pada 7/9/20 … Baca lagi...
31 hari
Sulit
Period berpanjangan darah sedikit Hello Dr,saya nak bertanya tentang period berpanjangan, Saya salah seorang yang mengalami masalah ini,2 bulan Saya sudah pergi ke klinik untuk membuat check up,dr sah kan Saya okay,tiada masalah… Baca lagi...
41 hari
Sulit
Haid keluar lebih 8 hari Saya wanita berumur 30 tahun dan telah berkahwin. Selalunya, tempoh haid saya keluar hanya 7 hari, namun bulan ini hari ke-8, haid saya masih keluar dalam kuantiti yang sedikit dan belum berhent… Baca lagi...
45 hari
Sulit
Haid terlalu lama , selama 2 bulan 13 hari Halo doc , umor saya 20 tahun dan belum berkahwin . Saya mempunyai masalah haid terlalu lama . Iaitu selame 2 bulan 13 hari . Saya belum pergi klinik . Boleh doc bagi tahu macam mane care nak he… Baca lagi...
21 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!