Sulit
2 tahun
Period tak teratur dan dalam kuantiti yang sedikit
Salam sejahtera doktor . saya berumur 28tahun . Sebelum ini saya ada ambil ubat perancang regulon . Period teratur tiap-tiap bulan tapi kadang dalam kuantiti yang sedikit. Tapi untuk bulan nie langsung tak period .Perlu atau tak saya teruskan ambil ubat perancang regulon ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mempunyai masalah haid tidak teratur dan anda mengambil ubat peracang regulon. Kini anda tidak mendapat haid pada bulan ini dan ingin mengetahui jika anda perlu teruskan ubat perancang tersebut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti :
- Stres
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid
- Penggunaan ubat perancang
- PCOS
Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai sejarah perubatan anda untuk memberikan nasihat yang tepat kepada anda. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya masalah anda dapat diatasi. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.