Sulit
4 tahun
Period tak teratur dan sering sakit di tumit kaki
Hi doktor! Saya nak tanya kenapa period saya sering tidak teratur… cth bulan ni period, bulan depan tak… Lepastu period date tak menentu… And then, tumit kaki saya selalu sakit bila saya berdiri lama atau berjalan dgn kerap… Adakah dua masalah tersebut disebabkan rahim tidak sihat ?? Help 


Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk masalah tumit kaki selalu sakit, ia boleh disebabkan oleh masalah seperti berikut:
- Plantar fasciitis
- Heel spur
- Stone bruise/ lebam batu
- Patah di bahagian tumit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan



























