
Sulit
4 tahun
Period Tak Teratur Selama 3 Bulan
Hi, saya wanita bujang berumur 26 tahun. Bermula dari Jun sehingga kini saya telah menurunkan berat sebanyak 12kg. Sejak 3 bulan lepas, period saya mula tidak teratur. Dalam satu bulan, saya datang period sebanyak dua kali iaitu setiap 30/31hb selama 3-4 hari, kemudian tak period selama 2-3 hari, kemudian period semula selama 7-8 hari dalam kuantiti yang sedikit. Sebelum saya turunkan berat, kitaran haid saya normal dan saya mengalami senggugut tetapi setelah saya menurunkan berat badan period saya masih teratur cuma macam period dua kali. Bulan ini, saya period selama 2 minggu dalam kuantiti sedikit. Untuk makluman, saya tidak pernah melakukan hubungan seksual dan tidak mengandung.Adakah ianya normal kerana faktor berat? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda bertanya kami tentang soalan yang berunsur peribadi dan sensitif ini. Oleh itu, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan fakta yang sahih dan tepat.
Anda telah kurang berat badan sebanyak 12kg dan ini juga bermulanya haid anda menjadi tidak teratur. Penurunan berat badan dengan laju dan mendadak boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid. Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Stress
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
- Penggunaan pil perancang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Masalah tiroid
- Masalah ovari atau sista ovari
- Ovulation spotting
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu berjaga jaga jika berasa keletihan kerana banyak darah yang keluar atau berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!