
Sulit
4 tahun
Period tanpa darah merah dan hanya lendir berwarna coklat. Tiada darah merah basah yang keluar
Saya berumur 20an dah sudah berkahwin. Saya juga telah mengambil pil perancang selama 3 bulan. Untuk bulan pertama,period saya sangat teratur dan pendarahan juga ok. Namun masuk bulan kedua pendarahan seperti tiada. Hanya spotting berwarna coklat sahaja yang ada untuk 2hingga 5 hari. Kalau sebelum ini setiap kali period saya akan mengalami pendarahan basah yang banyak sehingga 6 hari manakala spotting coklat itu adalah untuk hari-hari terakhir sahaja. Untuk bulan kedua dan ketiga period saya merasakan mual setiap pagi dan merasa pedih pada bahagian perut. Adakah itu normal doktor? Saya risau kerana tiada lagi darah merah kelihatan ketika period. Hanya lendir berwarna coklat sahaja dan ia hanya keluar untuk dua hingga tiga hari sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi iaitu spotting. Spotting merupakan gejala pendarahan sedikit atau coklat. Ia boleh disebabkan oleh fisiologi normal atau masalah kesihatan. Berdasarkan keterangan, anda telah mengambil pil perancang. Ia boleh memberi kesan sampingan seperti mengubah kitaran haid anda samada lebih awal atau lewat, haid banyak atau sedikit. Gejala ini mungkin boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat tersebut. Walaubagaimanapun, untuk maklumat anda, spotting juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah spotting ini merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!