
Anonymous
6 tahun
Period tidak banyak dan pertanyaan tentang kehamilan
Saya berumur 23 tahun . Saya ingin bertanya . Adakah boleh hamil jikalau melakukan seks selepas henti haid .

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Bagi wanita yang telah akil baligh dan tiada masalah dengan hormon, ovulasi atau struktur rahim, cerviks dan ovari, sekiranya melakukan seks tanpa sebarang perlindungan seperti kondom atau mengambil pil perancang, boleh mendapat kehamilan.
Biasanya risiko kehamilan adalah paling tinggi ketika seorang wanita itu dalam fasa subur iaitu ovulasi, namun begitu kerana sperma boleh hidup sehingga 3 hari di dalam tubuh wanita, kehamilan masih boleh berlaku walaupun hubungan seksual dilakukan sebelum atau ovulasi.
Waktu ovulasi bagi sesetengah wanita juga adalah tidak menentu, maka kehamilan boleh berlaku jika hubungan dilakukan pada mana-mana waktu selepas haid walaupun risiko pada setiapnya berbeza.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat dan nasihat lanjut tentang perkara ini. Terima kasih.