Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period tidak datang selama 5 bulan berturut turut walaupun sudah consume pill sunolut

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 27, 2020 3:27 PM

nurfatin01.nf 47 hari

Hai doktor selamat hari raya… Sy berumur 19 tahun dan berat sy 70 kg serta tinggi 150… Disini sy ingin bertnya apa yang sepatutnya sy lakukukan kerana sy tidak datang haid selama 5 bulan… sy sudah ke klink dann dr di klink menyarankan sy untk consume ubat sunolut… Sy sudah meghabiskankan pill tersebut dalam masa hmpir sebulan dan dos nya semakin menigkat… Dripda 2 biji sehari kepda 9 biji 3 kli shri… Tetapii period sy tetap tidsk datangg… Macam mnatu dr… Apa yang sy ptutt lakukan?

Dr Sashini Seeni 47 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan. gejala haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor seperti:

  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Masalah Sindrom Polisistik Ovari
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Masalah yang anda hadapi ini memerlukan maklumat tambahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda mungkin boleh mendapatkan imbasan ultrasound untuk melihat struktur rahim anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed May 27 2020 15:27:54 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Masalah haid yang tidak teratur sejak berusia 15 tahun Saya mempunyai masalah haid sejak berumur 15 tahun. Saya pernah berjumpa doctor di hospital dan doktor tersebut membuat ultrasound dan memberi ubat. Pada awal nya haid saya datang selepas mengam… Baca lagi...
41 hari
Sulit
Haid berhenti sudah beberapa tahun Saya bujang dan berumur 20 tahun… Berat saya 125kg dan tinggi saya 156cm pada tahun ini… Dah beberapa tahun haid saya berhenti… Saya pernah buat ujian air kencing semasa saya kurang sehat kerana… Baca lagi...
40 hari
Sulit
Saya naktanya pasal saya sudah stop injection perancang Saya da stop perancang keluarga injection.tapi sampai skrg saya x datang period…selepas berhenti saya period sikit2 sahaja it Pon bulan pertama berhenti injection.dan sampai skrg tidak datang pe… Baca lagi...
33 hari
Sulit
Tidak datang period pada masa yg patut Saya baru berkahwin dan last saya bersama suami sebelum puasa kemudian period saya tak datang pada waktunya dan saya tidak ada mengambil apa2 pil perancang and sayabtknk preg lagi. Patutkah saya… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Period tak datang 2 bulan tetapi cek upt negatif Saya berhenti perancang selepas melahirkan anak pertama pada bulan 11 2019. Selepas berhenti pil perancang period seperti biasa, sejak bulan 3 period masih xkunjung tuba. Scan doktor cakap rahim… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi