
Anonymous
5 tahun
Period tidak normal
Saya wanita berumur 20 tahun. Saya mempunyai masalah period. Period tidak menentu. Period tiga bulan tidak datang. Kalau semasa period paling lama 5 hari. Paling sekejap 2 hari sahaja. Tapi darah tidak banyak. Hari kedua seperti keputihan coklat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa proses mencapai menopaus. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid lewat termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan berkurang secara drastik atau berlebihan
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.