
Anonymous
6 tahun
Period tidak teratur dan kehamilan
Saya berumur 34thn. Mempunyai dua org cahaya mata. Sejak akhir akhir ini kitaran haid sy tidak menentu. Sering datng lewat. Tiap kali rs begitu sy sangkakan sy Hamil. Dah setengah tahun n setiap bulan sy beli test kehamilan tp hasilnya mengecewakan. Sebelum ini sy X mengambil perancang selepas melahirkan anak ke2…sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada saya… Harap dapat membantu…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca masalah haid tidak teratur atau haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Masalah haid tidak teratur ini boleh menyebabkan kesukaran hamil atau kesukaran merancang kehamilan. Oleh itu, puan amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar puncanya dapat diketahui dan dirawat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Jika anda merupakan seorang ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA!