
siti_syatie
5 tahun
Period tidak teratur kesan pengambilan suntiak depo
Saya berusia 35 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai 2 orang anak. Selepas kelahiran anak kedua, saye telah mengambil suntikan depo bagi merancang kehamilan. Walaubagaimanapun, saya mengalami masalah period yang tidak teratur. Ini adalah kali kedua saye menerima suntikan dan akan menerima suntikan ketiga pada hujung bulan ini. Sehingga 13.06.2019, darah period saya masih belum berhenti dan dan hari ini telah masuk hari ke-19. Adakah ianya normal bagi wanita yang mengambil suntikan depo ini? Perlukah saya membuat pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan? Untuk makluman doktor, period yang keluar tidak banyak seperti period biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Suntikan perancang keluarga mengandungi hormon analog yang mempunyai sifat yang sama dengan progestron. Suntikan ini akan diberi setiap 3 bulan dan mempunyai peratusan pencegahan kehamilan yang tinggi, lebih dari 99%. Dengan itu, para wanita yang memilih untuk mengambil suntikan yang turut dinamakan Depo-provera ini tidak perlu untuk mengambil pil setiap hari, dimana ianya agak melecehkan.
Antara kesan sampingan pengambilan suntikan Depo-provera ini adalah pendarahan yang berlaku di antara tempoh ‘period’, haid yang datang dengan tidak teratur dan haid yang lebih berpanjangan dari biasa. Perkara ini biasa berlaku terutamanya dalam tempoh selepas suntikan pertama atau kedua. Jika ini tidak berlaku kepada anda, ia masih normal. Suntikan ini efektif serta merta selepas suntikan. Tapi jika anda telah melakukan hubungan sebelum mendapat suntikan, anda seharusnya mengambil kontrasepsi emergency untuk mencegah kehamilan.
Untuk mengetahui informasi yang lebih lanjut tentang suntikan pencegah kehamilan, anda disarankan untuk berkonsultasi dengan doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih