
Sulit
4 tahun
Period yang berpanjangan selama 2 tahun lebih
Saya wanita umur 23 tahun … saya ada masalah period jalan tanpa henti , saya dah pergi banyak klinik tapi doc hanya bagi ubat hormon … saya makan ubat tersebut hanya 1@2 hari saja benti … selepas tu akan keluar darah semula…saya nak tanya selalu masalah mcm saya sakit apa ya & apa rawatan yang saya perlu buat

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.