
fauzipolipd
5 tahun
Perlu atau tidak untuk ke klinik untuk saringan COVID-19?
banyak jenis symptom yang saya jumpa contoh sakit dada, nafas pendek, sakit tekak, batuk, sakit pinggang, sakit ankle, citiri-birit, pening, selsema, chilling… so soalan saya, kalau ada semua tu ada tetapi tidak kerap berlaku…contoh; kalau demam (suhu 36…0 - 37.2) makan ubat then akan reda, tapi akan ada kembali maybe esoknya, skjap sakit dada n nafas pendek tap selepas tu reda, lepas tu ada sakit pinggang pulak, then batuk2 skit), adakah saya perlu bergegas ke klinik untuk saringan? atau saya perlu rasa nafas saya betul-betul tercungap2 baru saringan?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mempunyai gejala diatas dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif serta berkunjung ke luar negara anda mungkin mempunyai risiko yang tinggi.
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini