Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Perlu ke swab test jika demam on off

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Julai 26, 2021 5:49 PM

Sulit 44 hari

hye doc sy brumur 36 thn…2 hr lepas tibe sy rasa seram sejuk dn esoknya sy demam dn menggigil … tp setelah sy mkn panadol dn pakai baju n selimut tebal…1 jam slps itu ok…demam dh tkde tp keep brpeluh…mlmnya demam dtg balik tp sekejap nye demam mcm on n off…pening ada sikit2…rasa bdn mcm tk sehat tp selera mkn ada lg boleh bau n deria rasa ok…cume tk rasa mcm tk sehat bdn…perlu ke sy mnjalani swab test risau jugak sbb simptom2 mcm ada… sakit2 bdn ada juga…tp org terdekat tidak ada yg covid…jd mcmna ya doc

Dr Sri Viknarajan 8 hari
General Practitioner

Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami memahami kebimbangan anda terkait wabak yang semakin berleluasa, lebih-lebih lagi apabila mengalami gejala pening, demam yang naik turun, sering berpeluh dan sakit-sakit badan. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, WHO telah menyenaraikan simptom yang lazimnya ditemukan bagi jangkitan COVID-19. Antaranya termasuk:

Akan tetapi, berdasarkan simptom sahaja, agak sukar untuk menentukan adakah ianya berhubungkait dengan jangkitan COVID19 atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.

Anda juga boleh melakukan ujian saringan sendiri bagi mengetahui status jangkitan anda.

Justeru itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih komprehensif.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah!

Dikemaskini pada: Mon Jul 26 2021 17:49:01 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19