
Sulit
5 tahun
Perlukah buat saringan covid19
Saya telah ke singapore pada 12 mac dan pulang ke malaysia pada hari yang sama. Pada 25 mac saya mengalami demam 37.7 namun telah sembuh setelah saya ambil panadol dan rehat secukupnya. Namun pada 26 mac saya mengalami cirit birit hingga ke hari ini. Lain-lain simptom tiada. Perlukah saya jalani ujian saringan?

5 tahun
Salam sejahtera, berikut adalah simptom 2019 Novel Coronavirus:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Masalah cirit birit boleh disebabkan perkara berikut:
- Keracunan makanan
- Radang usus
- Alahan pada usus
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini