Sulit
5 tahun
Perlukah membuat saringan Covid19 setelah pulang dari Sabah
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Dr,
Saya baru pulang dari menjalani kursus di Sabah. Adakah saya perlu membuat saringan Covid19 di klinik/hospital? Adakah saya perlu membuat Self Quarantine selama 14 hari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Anda tidak perlu menjalani ujian COVID-19 melainkan jika anda mengalami berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Selain itu, anda harus menjalankan kuarantin kendiri di rumah memandangkan kita sememangnya mempunyai sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020. Amalkan langkah pencegahan yang telah disarankan oleh KKM seperti:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































