Sulit
5 tahun
Perlukah membuat sweb test covid19
Saya mengalami sakit dada di bahagian tengah. Tapi masih bolh bernafas seperti biasa. Saya tak demam, tak selsema, tak batuk. Saya tidak berasa di red zone, dan tidak ada contact rapat yang positive. Perlukah saya melakukan ujian saringan covid 19.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami sesak nafas:
- Serangan asma
- COPD
- Bronkiektasis
- Jangkitan paru-paru seperti Tibi atau pneumonia
*Lemah jantung
Ini hanyalah pandangan kami mengapa anda mengalami sesak nafas. Anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk memantau gejala anda dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala-gejala ini dan keadaan semakin parah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami tidak dapat memberikan kata putus sama ada anda perlu membuat ujian swab kerana anda tidak mempunyai kontak rapat bersama pesakit positif COVID-19.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda menyelesaikan tempoh kuarantin dan terus mengawasi gejala anda, serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Sila menghubungi klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan melebihi waktu kuarantin
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link (Screening COVID). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































