Sulit
3 tahun
Pernafasan pada bayi 12bulan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dokter,saya ada persoalan mengenai anak saya.yg berumur 12bulan dan lahir pramatang,bila dia menarik nafas rasa mcm sukar,dan berbunyi seperti ada kahak
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi oleh bayi anda. Gejala yang si kecil alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Umumnya bunyi saat bernafas bernafas dan seolah-olah berbunyi seperti kahak atau terlihat sukar, boleh menandakan gangguan yang berpunca dari:
- kelainan struktur saluran pernafasan (i.e. laryngomalacia)
- jangkitan kuman (i.e. adenoid, tonsilitis etc.)
- kelainan paru-paru (i.e. asma)
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Justeru, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Dan kami sarankan anda lakukannya sesegera mungkin agar doktor dapat menilai situasi yang sebenar.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).