
Sulit
3 tahun
Pernafasan tak teratur atau nafas pendek
Hai sy hafifi wanita umur 30 tahun. Sy mengalami nafas pendek sblm ni sy takda sejarah semput atau asma. Bnd ni berlaku setahun yg lepas dan ia jrang jarang berlaku. Dan skrg sy tgh alami dia membuatkan terkadang dada saya sakit kerana sy paksa utk nafas itu sampai n puas. Apakah sebenarnya yg terjadi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut kenyataan diatas, anda mengalami masalah pernafasan tidak teratur atau nafas pendek disertai dengan sakit dada. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Ketegangan otot dada
- Alahan
- Resdung
- Kepenatan dan kurang berehat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.