
rosmayuzi
4 tahun
Pernafasan tersekat dan susah untuk bernafas
Hi doc … saya terasa susah nak bernafas macam tak lepas. Kena bernafas melalui mulut kadang2… kadang2 saya terpaksa buat2 menguap untuk dapatkan nafas tu…saya jadi takot la doc. Apa masalah saya ye ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Umumnya sukar atau sesak bernafas boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- gangguan organ jantung
- kelainan saluran pencernaan
- gangguan cemas
- atau kelainan yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya sarankan anda mengetahui terlebih dahulu kondisi tubuh dan kesihatan yang sebenar, agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Untuk itu, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.