Sulit
5 tahun
Persoalan tentang ejakulasi
Saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri. Oleh itu sy beronani untuk meredakan perasaan ghairah. Namun, ada beberapa ketika setiap kali onani, sy menahan air mani drpd keluar di saat klimaks. Persoalan sy, adakah apa2 kesan merbahaya terhadap sistem badan saya jika sy menahan air mani tersebut selama beberapa hari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh mengalami masalah epididymal hypertension sekiranya anda terangsang tetapi tidak mencapai klimaks. Testis anda akan berwarna biru dan sakit. Namun, tidak semua akan mengalami masalah ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































