Sulit
2 tahun
Pertanyaan HiV atau Sifilis
Saya lelaki. Semasa melakukan seks sye dapati konek saya bahagian kulit yang tidak sunat rasa gatal dan sikit sakit tpi sye tarik kulit tidak ada kulit koyak atau pape hanya urat je. Jadi saya biar hisap tanpa kondom. Tetapi lakukan itu dgn condom. Adakah ini risiko hiv ke apa2?? Mohon bantu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Herpes Kelamin (Genital Herpes) yang boleh disebabkan oleh virus HSV
- Litchin nitidus (keradangan pada bahagian kelamin)
- Candidiasis (disebabkan oleh jangkitan kulat)
- Kudis buta (Scabies)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.