
Anonymous
2 tahun
Pertanyaan mengenai Ubat doxycycline
Saya mengambil ubat doxycycline dan persoalan saya adalah sepanjang pengambilan ubat tersebut, adakah saya tidak boleh mengambil produk tenusu atau susu…terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya, semasa pengambilan ubat Doxycline adalah tidak disarankan untuk mengambilnya dengan produk tenusu oleh sebab ia akan mengurangkan penyerapan dan menjadikan ubat tersebut kurang efektif. Jikalau anda ingin mengambil produk tenusu anda boleh mengambil sekurang kurangya 5 jam sebelum ataupun selepas pengambilan ubat tersebut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!