Sulit
2 tahun
Pertanyaan pasal pill perancang
doc saya nak tanya kalau minum pill perancang lepas tu bersama dgn suami,suami x sengaja sperm nya masuk adakah saya akan mengandung biar minum oill perancang atau tidak jgk doc… harap jelaskan tq☺️
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, kami kurang pasti dengan persoalan anda. Terdapat pelbagai pil perancangan yang mempunyai keberkesanan yang berbeza. Tanpa mengetahui jenis pil perancangan yang anda gunakan sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.