
Sulit
3 tahun
Pertanyaan tentang berkongsi barang dengan pesakit Hiv
1.Boleh ke kita berkongsi BERUS pinggan mangkuk dengan pesakit HIV? Katakan pesakit hiv guna berus tu untuk basuh tangan dia yg ada luka.
2. Boleh ke berkongsi mesin basuh?
3.Macam mana dengan air yang keluar dari mesin basuh (pesakit hiv punya pakaian) terkena kaki atau kulit kita?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah perkongsian barang-barang am dengan pesakit HIV. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, virus HIV tidak boleh bertahan atau hidup lama di luar tubuh badan untuk tempoh waktu yang lama serta virus ini tidak boleh berpindah daripada permukaan makanan dan alatan yang seperti anda nyatakan. Penyakit HIV boleh disebarkan melalui cecair tubbuh, namun tidak semua cecair tubuh akan menyebarkan penyakit ini seperti air mata, peluh dan percampuran air liur ketika berciuman.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.