
Sulit
5 tahun
Perut penuh angin, asyik kentut dan sendawa walaupun pemakanan saya jaga. Sakit tekak, batuk kering dan sakit otot belakang di bawah leher
Saya pelajar universiti di melaka, kelmarin pada hari jumaat saya balik rumah di bangi, seksyen 7 di mana terdapat 1 kes positif covid berdekatan rumah saya

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anda mempunyai gejala sakit tekak batuk kering dan terdapat kes positif di kawasan perjiranan anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain itu, anda harus memantau gejala COVID19. Memandangkan rakan anda negatif, tiada keperluan bagi anda untuk mengkuarantinkan diri. Pantau gejala COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Gejala yang anda hadapi ini juga boleh disebabkan perkara lain. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Bagi info lanjut, sila rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini