
Sulit
5 tahun
Perut sebu dan senak
saya wanita 32tahun baru selepas bersalin 4bulan. saya mengalami sakit perut selama 3 hari. pada hari ke 1&2 sy mengalami citi birit dan pada hari ketiga cirit birit berkurangan tetapi sakit perut saya masih sama,.sakit perut sy alami di bahagian tengah dan dia seperti sakit timbul tenggelam sekejap sakit sekejap tidak…kekerapannya dalam selang 20minit. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umum, penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Food poisoning
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Sembelit
- Irritable bowel syndrome (IBS)
Memandangkan anda sehingga cirit-birit, dikhuatiri ia boleh menganggu pemakanan dan selera makan anda hari ini, bagi mengelakkan masalah memburuk, anda harus merujuk doktor. SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.